Tempahan tapak vendor
Tempahan Tapak Vendor & Booth Acara
Platform tempahan tapak vendor yang menghubungkan peniaga verified dengan slot gerai di acara bazaar Malaysia. Satu sistem untuk daftar, verify, dan tempah tapak booth.
Apa maksud tapak vendor?
Tapak vendor (booth) ialah lot atau gerai yang disewa peniaga di acara bazaar, food festival, atau pameran. CRONY memaparkan harga tapak, saiz lot, dan ketersediaan secara telus supaya vendor boleh buat keputusan pantas.
Sistem tempahan tapak yang telus
Tiada teka-teki harga atau slot. CRONY memaparkan acara, lokasi, tarikh, dan bilangan tapak booth tersedia. Vendor verified boleh bandingkan acara sebelum commit tempahan.
Integrasi dengan profil vendor
Profil CRONY verified menjadi identiti digital anda di acara — penganjur yakin vendor memenuhi syarat pematuhan, dan pelawat boleh kenali jenama melalui e-profile awam.
Soalan lazim
- Bagaimana sistem tempahan tapak CRONY berfungsi?
- Vendor daftar, lengkapkan profil dan dokumen pematuhan, layari acara di crony.my/events, pilih tapak booth, dan ikut aliran tempahan dalam platform.
- Berapa kos tapak vendor biasanya?
- Harga tapak berbeza mengikut acara, lokasi, dan saiz booth. Setiap halaman acara di CRONY memaparkan harga asas dan bilangan tapak tersedia.
- Bolehkah tapak vendor di Malaysia di tempah online?
- Ya — CRONY menyediakan tempahan tapak vendor dan booth acara secara dalam talian untuk acara bazaar premium di Malaysia.